Tuesday 24 July 2012

"SEDIH"

Lebur Rm 150.. apa boleh buat.. halalkan jew apa yang berlaku..
Manusia nie pelik.. Bila ada masalah, minta bantuan pada seseorang itu cukup kesian.. 
sehinggakan maruah diketepikan asalkan dapat memenuhi impian..
Kisah ini berlaku padaku semalam iaitu pada 24.7.2012..
Seorang lelaki yang tidak pernah ak kenal meminta bantuan kewangan..
niat hati memang tidak mahu memberi tapi naluri manusia yang ingin menghulurkan bantuan..
ak tanpa berkata apa-apa dan tanpa memikir panjang terus menghulurkan bantuan..
alasan yang diberi amat munasabah sehinggakan ak terpedaya dengan gaya bicara lelaki tersebut.. 
tapi apakan daya..
ak cuma manusia biasa..
manusia yang dititip dan diajar dengan nilai-nilai murni dari kecil sehingga sekarang..
Kepercayaan ak terhadap seseorang terlalu tinggi..
akhirny ak sedar ak ditipu..
berkali-kali menelifonny tapi usaha ak itu sia-sia belaka..
tidak mengapalah..
ak redha dgn apa yang berlaku..
ak pasrah dengan apa yang terjadi..
mungkin ada hikmah disebalik kejadian,
atau
cobaan dan dugaan yg diturunkan utk melihat ak tabah menghadapi kehidupan ini..
Adakah ini layanan kepada seseorang yang membuat kebaikan ?
ak tidak menyalahkan takdir yang berlaku..
bagi ak, semalam merupakan pengalaman untuk ak menghadapi masa-masa akan datang..
pengalaman yang tidak dapat ak lupakan..

#kepada SI PENIPU..ak halalkan apa yang telah engkau ambil#
#ak doakan supaya kau mendapat keberkatan di dunia mahupun diakhirat#
#AMIN#

0 sayang mirul: